Cara Import Barang dari China

Cara Import Barang dari China

Kebanyakan usahawan memang gemar membeli barang dari negara-negara jiran, khususnya China. Tetapi adakah Tuan Puan tahu bahawa membeli barangan dari luar negara sudah tidak serumit dahulu? Adakah Tuan Puan tahu bahawa terdapat cara import barang dari China dengan penghantaran yang lebih mudah?

Pada kami, amat penting untuk Tuan Puan menitikberatkan isu penghantaran luar negara ini, kerana ia boleh memainkan peranan besar dalam proses penerimaan sesebuah pembelian. Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh dengan scammers ni, maka Tuan Puan perlu mengambil kira semua perkara dengan lebih terperinci.

Oleh hal yang demikianlah, kami di Polaris Logistics berniat untuk mengongsikan beberapa cara import barang dari China yang lebih mudah, jimat dan selamat khas untuk Tuan Puan semua! Tetapi sebelum itu, mari kami perkenalkan diri terlebih dahulu.  

Siapakah Polaris Logistics?

Cara Import Barang ke China

Polaris Logistics (M) Sdn Bhd merupakan sebuah perusahaan logistik di Malaysia, yang menawarkan perkhidmatan mengimport dan mengeskport barang ke dalam atau luar negara. Kami menyediakan beberapa jenis penghantaran sama ada melalui darat, udara mahupun laut.

Dengan pengalaman dalam industri logistik selama 25 tahun, Polaris Logistics kini telah memperoleh kepercayaan pelbagai pihak dalam memenuhi kehendak para pelanggan dengan setiap servis yang kami sediakan.

Elakkan Diri Ditipu Peniaga!

Cara Import Barang ke China

Ramai usahawan gemar membeli barangan perniagaan secara borong dan terus daripada seseorang peniaga itu sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan usahawan tidak mengetahui tentang kewujudan ejen forwarding.

Jika Tuan Puan nak tahu, ejen forwarding ini termasuklah Polaris Logistics.

Tugas ejen forwarding ini adalah untuk membantu Tuan Puan dalam urusan import barang dari pelbagai negara. Dengan adanya bantuan ejen forwarding, Tuan Puan boleh mengelakkan diri daripada ditipu oleh para peniaga dari segi caj penghantaran dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kami di Polaris Logistics juga boleh membantu membuat semakan secara PERCUMA sama ada penjual yang Tuan Puan ingin berurusan tersebut boleh dipercayai ataupun tidak.

Ketahui Cara Import Barang dari China

Cara Import Barang ke China

1. Memilih Barangan yang Mahu Diimport

Cara Import barang dari China yang pertama ialah, Tuan Puan perlu memastikan barangan yang ingin dipilih terlebih dahulu. Pastikan bahawa barangan tersebut mudah untuk diangkut, dan ia bukanlah barangan terlarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

2. Mencari Pembekal Terbaik & Dipercayai

Pembekal dari China ini terdiri daripada pelbagai kilang dan syarikat perdagangan. Jadi, Tuan Puan perlu ingat bahawa setiap satu daripadanya mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri ya!

Hal ini juga bergantung kepada jenis produk yang Tuan Puan cari daripada setiap perniagaan tersebut. Jika perniagaan kecil dan tidak memerlukan stok yang banyak, maka Tuan Puan perlu mencari pusat perniagaan dengan Minimum Order Quantity (MOQ) yang lebih rendah.

Jika Tuan Puan risau ditipu, Tuan Puan boleh sediakan beberapa senarai perniagaan di China yang telah Tuan Puan survey. Kemudian, kami akan membantu membuat semakan secara percuma.

3. Membeli Barang | Cara Import Barang dari China

Setelah berpuas hati, Tuan Puan boleh memilih barangan dengan kuantiti yang diinginkan daripada pembekal-pembekal tersebut.

Selesai pembelian pula, pastikan Tuan Puan terus mendapatkan invois. Hal ini kerana, ia merupakan dokumen utama yang paling penting kerana mengandungi butiran pembelian serta spesifikasi setiap produk.

Bukan itu sahaja, ia juga membantu team Polaris Logistics untuk mengenal pasti details pembayaran dan penghantaran yang sewajarnya ditepati.

4. Mengatur Penghantaran

Setelah cara import barang dari China yang ketiga diselesaikan, Tuan Puan boleh mula mengatur penghantaran. Polaris Logistics ada menyediakan servis logistik di sebanyak 196 negara dan telah mempunyai seramai 30,000 ejen yang berdaftar dengan persatuan logistik dunia.

Jadi, setelah Tuan Puan membuat pembelian dari luar mahupun dalam negara, Tuan Puan boleh terus mendapatkan perkhidmatan daripada Polaris Logistics.

Dengan penuh besar hati kami ulangi sekali lagi bahawa, Polaris Logistics boleh membantu menyemak sama ada perniagaan, kilang pembekal atau warehouse tersebut adalah wujud ataupun tidak, secara PERCUMA, bagi mengelakkan Tuan Puan daripada ditipu. Oleh itu, pastikan Tuan Puan dapatkan servis daripada kami nanti ya!

Tuan puan juga tidak perlu risau jika barang sepanjang penantian barangan untuk tiba di Malaysia, kerana Polaris Logistics turut menyediakan tracker penghantaran. Hal ini dapat membantu Tuan Puan meneliti status penghantaran barangan tersebut.

Jom Dapatkan Servis Penghantaran Polaris Logistics | Cara Import Barang dari China

“Mengapa kami perlu menggunakan servis daripada Polaris Logistics?” – Usahawan Founder Produk

Polaris Logistics menjanjikan servis terbaik untuk semua usahawan, terutamanya, founder produk yang sering membeli barangan dari luar negara.

Walau bagaimanapun, perlu Tuan Puan ingati bahawa kos penghantaran adalah berbeza-beza mengikut jenis penghantaran yang dipilih sama ada melalui darat, udara mahupun laut. Setiap jenis penghantaran juga mempunyai caj-caj yang tidak tertakluk kepada satu ya!

Tambahan lagi, kadar caj setiap bulan akan sentiasa berubah mengikut kadar semasa. Namun, Tuan Puan tetap boleh mengkira kadar duti import dan cukai di sini untuk memudahkan pengurusan bajet dari awal.

Selain itu, anggaran tempoh masa yang diperlukan untuk proses penghantaran barangan import dari China juga adalah berlainan mengikut jenis pengangkutan. Jika menggunakan pengangkutan laut, ia boleh mengambil masa selama 8-10 hari jika tiada sebarang delay. Manakala udara pula hanya mengambil masa selama 6 jam perjalanan.

Jika Tuan Puan berminat, Tuan Puan hubungi kami di talian 019-666 7797 atau boleh sahaja emel kami di inforeq@polarislogistics.com.my untuk sebarang pertanyaan. Layari juga website Polaris Logistics untuk melihat beberapa servis lain yang turut kami tawarkan.

Ayuh kami bantu anda menjadi pakar dalam proses cara import barang dari China! Jom ikuti juga kami di media sosial seperti di bawah, untuk mendapatkan sebarang info terkini.

Facebook Polaris Logistics | Instagram Polaris Logistics