Jika tuan puan sedang mencari info tentang cara import barang dari Vietnam, Polaris Logistics ada jawapannya!
Kami di Polaris Logistics boleh membantu tuan puan untuk import barang dari Vietnam atau dari pelbagai lagi negara lain, melalui perkhidmatan penghantaran udara atau laut yang sememangnya pantas dan boleh dipercayai.
Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun lamanya, Polaris Logistics akan berusaha memastikan sesi penghantaran pilihan anda menepati masa yang diberi, serta memastikan ia selamat sampai ke destinasi dengan harga yang sangat berpatutan. Satu perkara yang pasti, kepuasan para pelanggan adalah keutamaan kami.
Dokumen Utama yang Bakal Diperlukan untuk Proses Import Barang Dari Vietnam
Untuk memastikan proses pengimportan barang tuan puan dari Vietnam atau pelbagai lagi negara lain berjalan dengan lancar, Polaris Logistics menyarankan agar tuan puan bersiap-sedia dengan beberapa jenis dokumen seperti; Commercial Invoice, Packing List (CIPL), beserta SSM syarikat tuan puan.
Kesemua dokumen ini akan kami gunakan untuk berdaftar bersama pihak kastam dan syarikat forwarding. Jadi, pastikan tuan puan menyediakannya terlebih dahulu ya!
Bukan itu sahaja, kami juga akan membantu memastikan segala dokumen yang diberikan adalah teratur dan lengkap supaya segala urusan kastam dan penghantaran dapat berjalan dengan lancar, sekali gus memuaskan hati tuan puan.
Bagaimana Pula Dengan Dokumen-dokumen yang Diperlukan untuk Urusan Kastam?
Team Polaris Logistics sentiasa berusaha sebaik mungkin dalam memastikan pengalaman cara import barang dari Vietnam tuan puan berjalan lancar.
Oleh itu, kami turut menyarankan sekali lagi agar para pelanggan menyediakan dokumen-dokumen sokongan tambahan penting di bawah ini untuk memudahkan proses cara import barang dari Vietnam tersebut. Antara dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan adalah:
👉🏻 Invois;
👉🏻 Senarai pembungkusan;
👉🏻 MSDS (jika barangan merbahaya seperti bateri);
👉🏻 Phyto cert (untuk tumbuhan – perlu mohon daripada Jabatan Pertanian);
👉🏻 Health cert (contoh: Minyak – perlu mohon dari KKM);
👉🏻 FOSIM (untuk tumbuhan dan haiwan);
👉🏻 Import permit (untuk barangan yang dikawal oleh kerajaan; beras/kereta perlu mendapatkan kelulusan daripada MITI).
Kami yakin bahawa kesemua dokumen ini mungkin kelihatan banyak dan sukar untuk diperoleh, kan? Namun dengan adanya dokumen-dokumen sebegini, ia akan membantu memudahkan urusan kastam dan memastikan cara import barang dari Vietnam tuan puan berjalan dengan lancar.
Selain itu, kami juga ingin memastikan bahawa barang tuan puan selamat tiba saat delivery. Jadi, pastikan tuan puan declare dan usahakan segala dokumen yang perlu ya!
Berapa Lama Tempoh Penghantaran Import Barang Dari Vietnam?
Tempoh penghantaran dari Vietnam ke Malaysia sudah pasti merupakan suatu perkara yang paling penting untuk tuan puan pertimbangkan, sebelum mendapatkan perkhidmatan daripada kami. Namun untuk menjawab persoalan tersebut, ia adalah bergantung kepada kaedah pengangkutan yang tuan puan bakal pilih. Mari kami terangkan!
1) Penghantaran Udara | Cara Import Barang Dari Vietnam

Menghantar pakej melalui angkutan udara (Air Freight) adalah cara import barang dari Vietnam yang paling pantas dan sangat menjimatkan masa berbanding melalui air! Penghantaran melalui udara hanya mengambil masa kira-kira 5 hari sahaja dari pihak Polaris menguruskan dari mengambil kargo tersebut di gudang pihak penjual, menguruskan pelepasan kastam di lapangan terbang Vietnam & KLIA, mengambil kargo di gudang lapangan terbang sehingga menghantar kargo di pintu pihak pelanggan (Door to Door shipment).
2) Penghantaran Laut | Cara Import Barang Dari Vietnam

Untuk pengangkutan laut (Sea Freight) pula, prosesnya adalah lebih panjang. Ia mengambil masa kira-kira 25 hingga 30 hari sebaik sahaja pakej tuan puan dikumpulkan oleh syarikat perkapalan, sebelum ia disahkan dan dihantar ke destinasi akhir yang tuan puan sasarkan di Malaysia. Kebiasaannya, sebelum menghantar barang dagangan tersebut, pihak Polaris akan bertanya adakah barangan dagangan tersebut ingin dimuatkan di dalam Kontena Penuh (FCL) atau barang dagangan tersebut bersaiz kecil dan tidak berat iaitu melalui LCL.
Kos Penghantaran Import Barang Dari Vietnam
Kos penghantaran untuk proses import atau eksport barang antara Malaysia-Vietnam sama ada melalui udara ataupun laut adalah berbeza-beza.
Hal ini kerana, penghantaran melalui udara akan dicaj mengikut berat barang yang dihantar, manakala penghantaran melalui laut akan dicaj mengikut ukuran kubik meter (CBM) barang yang dihantar. Namun, kadar caj tersebut akan ditentukan oleh agen penghantaran yang dipilih ya!
Walau bagaimanapun, team Polaris Logistics akan tetap berusaha menawarkan perkhidmatan penghantaran udara dan laut yang professional dan efisien untuk memastikan barang tuan puan sampai ke destinasi dengan selamat dan menepati masa.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang kos penghantaran dari Malaysia ke Vietnam atau sebaliknya, pastikan anda terus hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga yang lengkap.
Bagaimana Cara untuk Menghubungi Polaris Logistics?
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman website Polaris Logistics, atau hubungi kami melalui talian WhatsApp 019 – 666 7797. Sebarang pertanyaan melalui emel juga amat dialu-alukan di inforeq@polarislogistics.com.my.
Ayuh kami bantu anda menjadi pakar dalam proses cara import barang dari Vietnam! Jom ikuti juga kami di media sosial seperti di bawah, untuk mendapatkan sebarang info terkini.