Cara Import Barang ke Malaysia

Cara Import Barang ke Malaysia

Polaris Logistics (M) Sdn Bhd adalah sebuah perusahaan logistik yang berasas di Malaysia. Di sini, kami menawarkan perkhidmatan penghantaran barang melalui ruang udara (air freight) dan laut (sea freight) sebagai salah satu cara untuk pelanggan eksport dan import barang ke Malaysia, mahupun ke seluruh dunia. Jadi, tuan puan sudah bersedia untuk mengetahui cara import barang ke Malaysia?

Berbekalkan pengalaman lebih 25 tahun, Polaris Logistics kini merupakan pakar dalam memberikan pelbagai perkhidmatan logistik secara komprehensif mengikut keperluan para pelanggan.

Polaris Logistics turut komited dalam mengendalikan perkhidmatan pergudangan (warehouse), pengurusan logistik, pembungkusan, LCL, dan pelepasan kastam dengan harga yang berpatutan, tidak kira saiz barang dan lokasi dari seluruh dunia termasuk Amerika, Antartika, Eropah, Afrika, Asia, Australia/Oceania.

 

Langkah-langkah yang Perlu Diketahui Tentang Cara Import Barang ke Malaysia

Sumber: Gino Crescoli | Cara Import Barang ke Malaysia

Secara amnya, terdapat beberapa cara import barang ke Malaysia yang perlu tuan puan ketahui. Antaranya adalah melalui penghantaran pengangkutan udara ataupun air. Tuan puan boleh membuat pilihan mengikut bajet, masa dan keselesaan.

Namun sebelum itu, mari kami kongsikan langkah-langkah sekiranya tuan puan mendapatkan khidmat Polaris Logistics:

1. Membuat pembayaran ke atas barangan yang dibeli

Tuan puan perlu memastikan setiap barangan yang dibeli telah dibayar terlebih dahulu bagi memudahkan proses ejen Polaris Logistics untuk mengambil barangan tersebut di warehouse penjual. Masalah akan timbul sekiranya tuan puan tidak membayar terlebih dahulu barangan tersebut.

2. Menyediakan dokumen CIPL dan SSM syarikat

Seterusnya, tuan puan perlu menyediakan dokumen penting seperti Commercial Invoice & Packing List (CIPL) untuk pihak Polaris Logistics membuat tempahan ruang kapal, dan SSM syarikat untuk Polaris daftarkan dengan pihak kastam dan syarikat forwarding.

Pastikan dokumen disediakan dengan lengkap agar proses dapat berjalan dengan lancar, serta mengurangkan kebarangkalian daripada berlakunya sebarang kelewatan dalam urusan.

3. Pihak Polaris Logistics berhubung dengan ejen perkapalan

Seterusnya, Polaris Logistics akan berhubung dengan pihak ejen perkapalan atau ejen penerbangan untuk mengeluarkan dokumen seperti Bill of Lading (BL) atau Airways Bill (AWB).

Ketika proses ini, Polaris Logistics juga perlu mendapatkan butiran kapal atau kapal terbang yang membawa barangan tersebut supaya dapat memberikan maklumat tepat kepada pelanggan.

4. Borang declaration kastam

Setelah semua dokumen dari negara pengeluar disiapkan, pelanggan perlu memberikan borang declaration kastam kepada Polaris Logistics, untuk kami isytiharkan borang tersebut supaya barangan yang dibeli dapat keluar dari pelabuhan dan gudang.

5. Berhubung dengan pihak Polaris Logistics | Cara Import Barang ke Malaysia

Untuk mendapatkan progres perjalanan barang tersebut, tuan puan boleh menghubungi pihak Polaris Logistics untuk ketahui lokasi semasa barangan anda. Seterusnya, setibanya barang tersebut di Malaysia, pihak Polaris Logistics akan memaklumkan kepada tuan puan secara terus berkenaan tarikh untuk menghantar barang ke premis tuan puan mengikut persetujuan.

 

Air Freight Adalah Cara Import Barang ke Malaysia yang Terbaik!

Keupayaan Polaris Logistics untuk mengendalikan barangan import melalui pengangkutan udara, merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan barangan import tuan puan.

Dengan menggunakan air freight, tuan puan akan mendapat barangan yang dipesan lebih cepat dengan masa perjalanan 6 jam sahaja, dan ia adalah lebih praktikal berbanding menggunakan sea freight.

Bukan itu sahaja, air freight ini lebih menjamin keadaan barangan tuan puan untuk kekal segar, sekali gus menjaga keselamatan barang-barangan untuk sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Jom Pilih Polaris Logistics Sebagai Ejen Forwarding Syarikat Anda

Jika tuan puan masih tercari-cari ejen forwarding bagi menguruskan urusan barangan eksport mahupun import, Polaris Logistics boleh memberikan perkhidmatan sepenuhnya berkaitan urusan logistik dan pengangkutan syarikat anda.

Polaris Logistics menawarkan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan, dan sudah semestinya sesuai dengan keperluan syarikat tuan puan. Dengan pengalaman sepanjang 25 tahun dalam industri logistik, ia cukup membuktikan kepakaran dan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami sediakan.

 

Hubungi Polaris Logistics Hari Ini!

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan cara import barang ke Malaysia, tuan puan boleh hubungi kami melalui WhatsApp di talian 019-666 7797. Selain itu, tuan puan boleh layari website kami di polarislogistics.com.my untuk ketahui secara terperinci segala perkhidmatan yang telah kami sediakan.

Juga, pastikan tuan puan follow kami di media sosial Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatkan info terkini ya! Polaris Logistics, sedia membantu anda.