Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Terdapat dua kategori hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan Malaysia iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Duti import pula merupakan sejenis lagi cukai yang dikenakan ke atas barang yang dibawa masuk atau keluar dari negara, atau ke atas urusniaga tertentu dan ia dikategorikan sebagai cukai tidak langsung. Pembayaran cukai adalah wajib ke atas individu atau organisasi, namun tetap wujud beberapa cara mengurangkan import duty Malaysia ini.

Untuk memahami lebih lanjut, duti import akan dikenakan sekiranya seseorang itu membeli barangan tertentu dari luar negara. Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang telah diamanahkan untuk mengenakan duti eksport dan import, duti eksais, dan cukai perkhidmatan terhadap barangan tuan puan mengikut ketetapan syarat dan terma.

Ingin juga kami ingatkan, percubaan untuk mengelak daripada membayar duti kastam ke atas mana-mana barang berduti yang dibawa masuk ke Malaysia adalah di bawah takrifan “penyeludupan”, di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967, dan merupakan satu kesalahan jenayah ya!

Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Dalam servis eksport dan import, Polaris Logistics mengendalikan servis kargo projek, loji dan jentera berat, peralatan mesin, peralatan pembinaan, barangan elektrik, bahan kimia, bahan mentah, bahan binaan dan barangan am.

Sudah tentunya, cukai yang bakal dikenakan ke atas barangan berkenaan adalah tinggi kerana kos pengendaliannya yang lebih rumit. Oleh itu, mari kami kongsikan beberapa cara mengurangkan import duty Malaysia untuk rujukan tuan puan semua.

1. Mesin, peralatan dan alat ganti | Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Mesin, peralatan dan alat ganti yang digunakan secara langsung dalam proses pengilangan layak dipertimbangkan untuk mendapat pengecualian duti import, manakala cukai jualan adalah tidak dikenakan. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon.​​ ​​Jika telah mendapat pengecualian dari Pihak Kastam, pengimport tidak perlu membayar duti dan cukai jualan, kerana didalam borang ikrar Kastam telah di kecualikan dan ianya tidak perlu dibayar. Kebiasaannya, sebelum barang dagangan tersebut di import, pengimport perlu berjumpa dengan Pihak Kastam untuk mendapatkan kelulusan pengecualian duti dan cukai jualan. 

2. Bahan mentah, komponen, aksesori dan bahan pembungkusan | Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Bahan mentah, komponen, aksesori dan bahan pembungkusan yang digunakan secara langsung dalam aktiviti pengilangan layak mendapat pengecualian duti import. Permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon.

3. Alat kelengkapan lain untuk aktiviti pengilangan | Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Peralatan cleanroom dan alat bantu pengilangan (manufacturing aids) untuk kegunaan secara langsung dalam pengilangan boleh dipertimbangkan untuk pengecualian duti import dan tidak dikenakan cukai jualan. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon.

Pengimportan mesin, peralatan, bahan mentah, komponen, aksesori serta bahan pembungkusan hendaklah diikrar di dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK). SMK akan membuat validasi secara automatik berdasarkan nombor lesen GPB dan nombor pendaftaran syarikat. Bagi menuntut pengecualian duti import, kod jenis transaksi (transaction type) L (LMW Import) hendaklah digunakan.​​ ​

Pengecualian d​​uti import boleh dituntut di bawah butiran 55, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. Jenis transaksi yang digunakan adalah X (exemption) untuk pengecualian duti import.​ ​

Carta di bawah menunjukkan proses aliran kerja menuntut pengecualian duti import ke atas mesin dan peralatan yang digunakan secara langsung dalam sektor perkilangan dan perhotelan. Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Antara Masalah yang Sering Dihadapi

Walaupun sudah mengetahui cara mengurangkan import duty Malaysia, pelanggan tetap perlu menitikberatkan beberapa perkara tambahan perihal penghantaran. Hal ini kerana, pelbagai masalah boleh dihadapi sekiranya dokumen-dokumen utama tidak lengkap ya!

Antaranya dokumen-dokumen tersebut adalah seperti:

1. Dokumen Commercial Invoice and Packing List (CIPL) yang tidak lengkap.

2. Perjalanan menerusi kapal laut yang bertangguh dan lewat daripada jadual asal.

3. Pakej barangan ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

4. Pelanggan kurang peka tentang prosedur operasi penghantaran dan bersikap tergesa-gesa.

5. Pihak pelanggan tidak jujur dengan pihak Ejen, contoh Invoice barang dagangan tidak sama dengan barangan yang di import.

Team Polaris Logistics Sedia Berkhidmat untuk Anda

Disebabkan masalah-masalah sebeginilah, wujudnya team Polaris Logistics untuk membantu usahawan dari segi penghantaran, sehinggalah tibanya barangan tersebut di Malaysia.

Apa kelebihan team Polaris Logistics berbanding team logistik yang lain? Mari kami senaraikan:

1. Kakitangan kami adalah dalam kalangan yang terlatih dan bermotivasi tinggi.

2. Fleksibiliti dan pantas membuat keputusan adalah moto kami.

3. Operasi logistik kami berjalan secara 24/7 – Ini adalah faktor penentu utama bagi kebanyakan pelanggan yang memilih kami.

4. Persekitaran positif dan produktif yang dibina atas kepercayaan, kerjasama, komunikasi dan sokongan bersama.

5. Operasi logistik yang tekun – faktor penentu utama bagi kebanyakan pelanggan kami.

Masih Mencari Khidmat Logistik Terbaik di Malaysia?

Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Polaris Logistics (M) Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat penghantaran dan logistik PALING BERPENGALAMAN dalam semua jenis perkhidmatan logistik bersepadu di seluruh dunia. Daripada pakej bersaiz kecil dan sederhana hingga besar, sudah pasti akan sampai ke mana-mana destinasi pilihan tuan puan di seluruh Dunia.

Jadi, mari dapatkan sebut harga, cadangan atau jawapan kepada soalan anda di laman website kami. Tuan puan nak tahu cara mengurangkan import duty Malaysia dengan lebih mendalam? Ayuh boleh hubungi kami secara terus di talian +60 (3) 5525 3523 / +60 19-666 7797, atau emel sahaja ke alamat inforeq@polarislogistics.com.my untuk sebarang pertanyaan.

Jom ikuti juga kami di media sosial seperti di bawah, untuk mendapatkan sebarang info terkini.

Facebook Polaris Logistics | Instagram Polaris Logistics