Berapa agaknya harga air freight Malaysia ya? Baiklah, bagi tuan puan yang mahu menggunakan servis air freight untuk proses penghantaran barangan dari atau ke luar negara, tuan puan pasti tertanya-tanya tentang harga air freight Malaysia yang terkini kan?
Dengan penghantaran yang lebih pantas dan terjamin, sudah pasti harga air freight Malaysia adalah lebih berbeza berbanding servis penghantaran sea freight.
Oleh itu untuk perkongsian kali ini, Polaris Logistics akan memberi tumpuan kepada faktor perbezaan kadar harga air freight Malaysia untuk setiap barangan tuan puan yang bakal melalui proses import mahupun eksport ke negara-negara luar. Jadi, jom ikuti perkongsian ini sehingga penghujungnya ya!
Jenis Kargo Boleh Menentukan Harga Air Freight Malaysia
Sebelum mengetahui harga servis air freight terkini, tuan puan perlu ketahui terlebih dahulu beberapa jenis kargo penerbangan yang ditawarkan bagi servis air freight ini.
Antara tiga jenis kargo air freight yang boleh dipilih ialah General Cargo, Special Shipment, dan Special Cargo Product.
Untuk pengetahuan tuan puan, Polaris Logistics ada menyediakan perkhidmatan bagi ketiga-tiga jenis kargo tersebut, sebagai pilihan tuan puan untuk menggunakan servis air freight kami. Perbezaannya adalah seperti berikut:

1. General Cargo
Kategori General Cargo atau kargo am ini sesuai untuk barangan am yang tidak memerlukan pengendalian khusus atau penjagaan yang lebih. Jenis kargo ini sesuai untuk barangan runcit seperti buah-buahan kering, tumbuh-tumbuhan, rempah ratus, tekstil, barangan kering atau barangan harian.
2. Special Shipment | Harga Air Freight Malaysia
Bagi kategori Special Shipment pula, ia lebih kepada barang yang bernilai dan mudah rosak seperti makanan sejuk beku, barangan klinikal seperti vaksin, dan barangan farmaseutikal juga disarankan untuk menggunakan kaedah air freight ini sebagai cara import barang ke Malaysia.
3. Special Cargo Product
Manakala bagi kategori Special Cargo Product pula, ia adalah lebih sesuai untuk barangan yang memerlukan penghantaran kargo ekspress atau segera seperti haiwan peliharaan kuda, mahupun mayat.
Peringatan: Setiap barang yang dibawa masuk mempunyai polisi kastam dan mengikut peraturan Malaysia. Cohntohnya seperti barangan tumbuhan, ia perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan tuan puan perlu memohon permit dan FOSIM terlebih dahulu.

Faktor Perbezaan Harga Air Freight Malaysia
Bagi harga perkhidmatan air freight ke Malaysia, ia berbeza mengikut beberapa faktor seperti berat barang yang dibawa, lokasi pengiriman, jenis barang yang dihantar dan jenis kargo penerbangan yang telah dipilih.
Bagi perkhidmatan air freight biasa, harga biasanya ditentukan berdasarkan berat barang dalam kilogram. Harga untuk setiap kilogram boleh berbeza mengikut jenis barang yang dihantar.
Di Malaysia, harga air freight biasa berkisar antara RM2.00 hingga RM15.00 setiap kilogram mengikut kadar caj agen penghantaran yang dipilih.
Suka juga untuk kami ingatkan bahawa terdapat beberapa caj lain yang perlu ditanggung oleh tuan puan seperti kos tambang dan kos penyelenggaraan dengan pihak ejen penerbangan.
Namun, tuan puan tidak perlu risau kerana pihak Polaris Logistics akan menawarkan harga atau kadar caj yang berpatutan beserta servis terbaik untuk memastikan barangan tuan puan tiba ke destinasi mengikut masa yang ditetapkan.
Kelebihan Polaris Logistics Sebagai Ejen Forwarding Anda Menggunakan Air Freight
✅Pengalaman lebih 25 tahun dalam industri logistik.
✅Team Polaris Logistics adalah profesional dan cekap.
✅Proses import dan eksport mengikut prosedur yang betul dan sah.
✅Menggunakan teknologi terkini, sesuai dengan jenis barangan yang dihantar.
✅Jangka masa penerbangan mengambil masa 6 jam sahaja.
✅Harga servis yang berpatutan.
Ayuh Hubungi Polaris Logistics
Untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan, tuan puan boleh hubungi kami melalui Whatsapp di talian, 019-666 7797. Tuan puan juga boleh layari website kami di polarislogistics.com.my untuk ketahui secara terperinci segala perkhidmatan yang kami sediakan.
Follow kami di media sosial Facebook, Instagram dan TikTok untuk dapatkan info terbaru dari kami. Jom buat pilihan bijak bersama Polaris Logistics!