Air Freight Charges Malaysia

Air Freight Charges Malaysia

Polaris Logistics (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat berpengalaman dan berdedikasi terhadap perkhidmatan pengangkutan udara yang tiada tandingannya. Perkhidmatan yang kami sediakan ini juga adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan dan permintaan unik tuan puan semua. Dengan rangkaian perhubungan yang luas bersama rakan kongsi terkemuka di seluruh Malaysia dan dunia, ia telah memberikan kami keupayaan untuk menawarkan air freight charges Malaysia dengan kos yang lebih efektif dan dipercayai.

Pihak Polaris Logistics juga amat memahami kepentingan air freight charges Malaysia yang sedikit-sebanyak memberi impak kepada operasi sesebuah perniagaan, serta betapa pentingnya proses penghantaran yang menepati masa.

Polaris Logistics sentiasa berusaha menawarkan rangkaian perkhidmatan pengangkutan secara meluas melalui udara, termasuklah proses import dan eksport, pelepasan kastam, klasifikasi tarif dan juga nasihat pakar untuk memastikan penghantaran tuan puan sampai dengan selamat dan mengikut jadual yang diberi.

Tentang Air Freight Charges Malaysia

Peringatan: Pengiraan air freight charges Malaysia adalah melalui berat sebenar sesuatu barangan, dan bukan melalui berat isi padunya ya!

Sebagai contoh, barang di dalam sebuah kotak adalah 10KG. Jadi, itulah berat yang akan diambil untuk dikira, dan bukannya tinggi lebar sesuatu barang tersebut. Jadinya, kos penghantaran tuan puan akan dikira berdasarkan berat barang yang sebenar.

Air Freight Charges Malaysia

Kebiasaannya, apa-apa sahaja barangan yang sampai dari luar negara ke Malaysia, pasti akan melalui Kastam terlebih dahulu. Oleh itu, penerima wajib membayar cukai jika nilai barang adalah melebihi RM500 dan ia bergantung pada volume barangan tersebut.

Maksud volume di sini adalah berdasarkan pengiraan volumetric pada saiz kotak parcel itu sendiri. Pengiraan air freight charges Malaysia ini juga boleh tuan puan lihat, seperti yang tertera dalam gambar di atas.

Cukai selanjutnya adalah SST. Bermula tahun 2018, setiap barangan yang diimport akan dikenakan SST iaitu cukai jualan sebanyak 10% daripada nilai barangan. Shipping fee pula akan dikira berdasarkan purata antara berat sebenar dan berat volumetric barang.

Kelebihan Memilih Perkhidmatan Air Freight

Air Freight Charges Malaysia

Penghantaran melalui pengangkutan udara boleh memberikan pelbagai kelebihan termasuk penghantaran yang lebih pantas, penghantaran ke pelbagai destinasi, pengendalian yang lebih selamat dan penjejakan yang lebih mudah.

1) PENGHANTARAN LEBIH CEPAT – Pengangkutan udara merupakan kaedah yang lebih cepat untuk mengangkut penghantaran berbanding pengangkutan laut, lebih-lebih lagi bagi proses memindahkan barang dalam jarak yang dekat.

2) PELBAGAI DESTINASI – Tuan puan boleh menghantar barangan ke mana-mana sahaja destinasi di dunia dengan pengangkutan udara, kerana ia memang tercipta untuk beroperasi ke kawasan-kawasan yang lebih jauh. Sebagai contoh, penghantaran ke Singapura dari UK, AS dan Australia, dan banyak lagi!

3) PENGENDALIAN SELAMAT – Pengangkutan udara adalah salah satu kaedah pengangkutan barang yang paling selamat kerana penghantarannya akan menjalani pengendalian yang minimum. Oleh itu, kemungkinan berlaku kerosakan adalah sangat rendah.

4) MUDAH TRACKING Track penghantaran pengangkutan udara adalah agak mudah dan bebas daripada sebarang kekecohan. Ia dapat dilakukan dengan bantuan butiran penerbangan yang lengkap.

Jom Ketahui Tips Mengurangkan Air Freight Charges Malaysia

Air Freight Charges Malaysia

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan pengangkutan udara Polaris Logistics, kami menyediakan penyelesaian yang efisien dan khusus untuk menjamin penghantaran anda selamat dan segera. Daripada proses pembungkusan dan pengendalian yang komprehensif, sehinggalah ke pemantauan dan info semasa.

Jadi, di sini kami turut sediakan beberapa tips untuk mendapatkan kos air freight charges Malaysia yang paling efektif untuk penghantaran logistik dan antarabangsa.

1. Tinjau air freight charges dan kadar yang lazim dikenakan di Malaysia.
2. Gunakan kaedah penghantaran yang betul (terutamanya Ekspres).
3. Bandingkan harga daripada syarikat berbeza.
4. Nyatakan klasifikasi barangan paling sesuai.
5. Pembungkusan kargo dan keselamatan yang rapi.
6. Elak klasifikasikan sebagai urgent (kecuali perlu).

Dengan mengikuti tips ini, tuan puan boleh menjimatkan kos air freight charges Malaysia dan memastikan penghantaran dikendalikan dengan cekap dan lebih berkesan. Team Polaris Logistics yang berpengalaman juga akan membantu menasihati tuan puan tentang proses yang terlibat, dan membantu tuan puan membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan bersama.

Masih Mencari Khidmat Logistik Terbaik di Malaysia?

  Cara Mengurangkan Import Duty Malaysia

Polaris Logistics (M) Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat penghantaran dan logistik PALING BERPENGALAMAN dalam semua jenis perkhidmatan logistik bersepadu di seluruh dunia. Daripada pakej bersaiz kecil dan sederhana hingga besar, sudah pasti akan sampai ke mana-mana destinasi pilihan tuan puan di seluruh dunia.

Jadi, mari dapatkan sebut harga air freight charges Malaysia atau salurkan cadangan anda di laman website kami hari ini juga. Tuan puan boleh hubungi kami secara terus di talian +60 (3) 5525 3523 / +60 19-666 7797, atau emel sahaja ke alamat inforeq@polarislogistics.com.my untuk sebarang pertanyaan.

Ikuti juga kami di media sosial seperti di bawah, untuk mendapatkan sebarang info terkini ya!

Facebook Polaris Logistics | Instagram Polaris Logistics