Perishable Cargo Service Malaysia

Perishable Cargo Service Malaysia

Tuan puan sedang mencari perishable cargo service Malaysia? Usah bimbang, kerana kami di Polaris Logistics ada menyediakan perishable cargo service terbaik untuk tuan puan semua.

Untuk pengetahuan tuan puan, produk perishable memerlukan kaedah penyimpanan, pengangkutan dan suhu khas yang tersendiri. Tetapi, apakah contoh produk perishable dan bagaimana cara untuk menguruskan hal-hal penyimpanan dan pengangkutannya dengan betul?

Apa Maksud Produk Perishable? | Perishable Cargo Service Malaysia

Perishable Cargo Service Malaysia
Perishable Cargo Service Malaysia

Seperti tuan puan sedia maklum, aktiviti import dan eksport Malaysia kini sudah berada di skala global. Setiap hari, semakin banyak produk perishable atau dalam erti kata lain, produk mudah rosak yang telah diimport dan dieksport sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Menurut Perjanjian Fasilitasi Perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO TFA), produk perishable atau produk mudah rosak ini boleh ditakrifkan sebagai:

“Barangan mudah rosak adalah barangan yang cepat rosak kerana ciri semula jadinya, terutamanya jika tiada keadaan penyimpanan yang sesuai. Mereka mungkin lebih terdedah kepada kejutan luaran dan memerlukan keadaan storan khas. Barangan mudah rosak termasuk produk pertanian; buah-buahan dan sayur-sayuran, daging segar, perikanan, dll.” – Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Walau bagaimanapun, definisi yang diberikan itu adalah terhad. Produk mudah rosak tidak hanya merangkumi bahan seperti daging, sayur, dan ikan. Malahan bahan seperti beras, kacang, bijirin, dan gula juga merupakan antara produk yang mudah rosak jika tidak dimuatkan dan disimpan dengan betul.

Bukan itu sahaja, produk farmaseutikal juga termasuk dalam kategori produk mudah rosak ini ya! Produk farmaseutikal seperti Proviton, Uphamol 650 dan Eye Glo terutamanya, amat memerlukan penjagaan yang khusus semasa dalam proses pengangkutan.

Begitu juga produk dalam sektor kesihatan seperti vaksin, darah, dan juga organ badan kerana ia mudah rosak tanpa penjagaan yang betul.

 

Penghantaran Barang Melalui Udara | Perishable Cargo Service Malaysia

Di era industri komoditi global, perishable cargo service adalah sangat penting bagi pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hal ini kerana, produk perishable adalah komoditi yang paling mendapat permintaan banyak oleh pengguna.

Akan tetapi, produk perishable ini boleh terdedah kepada kerosakan kerana sifatnya yang mudah rosak dengan peredaran masa, keadaan suhu, dan pengendalian yang tidak betul.

Perishable Cargo Service Malaysia
Perishable Cargo Service Malaysia

Selain itu, pembungkusan dan keperluan penghantaran bagi setiap produk perishable juga adalah berbeza ya! Sesetengah produk mudah rosak atau merosot dengan cepat, sementara yang lain boleh bertahan sedikit lama semasa dalam perjalanan.

Oleh itu, amat penting untuk tuan puan mencari perishable cargo service terbaik di Malaysia, bagi membantu proses mengangkut dan penghantaran barangan tuan puan dengan lebih cepat, cekap dan efisyen.

 

Team Polaris Logistics Paling Recommend Perishable Cargo Service Malaysia yang Mana Satu untuk Para Usahawan?

Kami amat menyarankan tuan puan untuk mendapatkan perishable cargo service Malaysia melalui laluan udara udara kerana ia jauh lebih cepat berbanding laluan kargo yang lain.

Walaupun harganya sedikit mahal, namun terdapat banyak perkara yang lebih penting perlu dititikberatkan berbanding hal-hal kewangan.

 

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Penghantaran Kargo Polaris Logistics

Perishable Cargo Service Malaysia
Perishable Cargo Service Malaysia
  1. Polaris boleh membuat semakan secara PERCUMA sama ada kilang di mana tuan puan ingin membuat tempahan adalah wujud ataupun tidak.
  2. Polaris berpengalaman dalam mengendalikan sebarang dokumentasi dan formaliti bagi mengeksport dan mengimport barangan dari dalam dan luar negara.
  3. Polaris juga akan memberi tuan puan kemudahan untuk mengesan proses perjalanan barangan dan membuat penghantaran terus ke alamat yang tuan puan berikan.
 

Berminat untuk Mendapatkan Perishable Cargo Service Daripada Polaris Logistics?

Polaris Logistics (M) Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat penghantaran dan logistik PALING BERPENGALAMAN dalam semua jenis perkhidmatan logistik bersepadu di seluruh dunia. Daripada pakej bersaiz kecil dan sederhana hingga besar, sudah pasti akan sampai ke mana-mana destinasi pilihan tuan puan di seluruh Dunia.

Jadi, mari dapatkan sebut harga, cadangan atau jawapan kepada soalan-soalan anda di laman website kami. Tuan puan juga boleh hubungi kami secara terus di talian +60 (3) 5525 3523 / +60 19-666 7797, atau emel sahaja ke alamat inforeq@polarislogistics.com.my untuk sebarang pertanyaan.

Akhir sekali, jom ikuti kami di media sosial seperti di bawah, untuk mendapatkan sebarang info terkini. Ingat perishable cargo service, ingat Polaris Logistics!

Facebook Polaris Logistics | Instagram Polaris Logistics