Mengenal pasti senarai barang yang dikenakan cukai import adalah penting, jika tuan puan mahu membuat sebarang urusan yang melibatkan proses import dari negara luar. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kos yang perlu ditanggung, ataupun bagi membuat persediaan awal ketika proses import dan juga eksport berlaku.
Namun tidak perlu risau, kerana untuk perkongsian kali ini, kami di Polaris Logistics akan memberikan sedikit penerangan tentang cukai import dan beberapa senarai barang yang dikenakan cukai import, bagi memudahkan tuan puan untuk membuat persediaan awal.
Apa itu Cukai Import? | Senarai Barang yang Dikenakan Cukai Import

Cukai import adalah sebuah langkah yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan. Ia bukan semata-mata menjana hasil, tetapi juga membantu melindungi pasaran tempatan daripada persaingan tidak adil yang mungkin timbul oleh kehadiran barangan import.
Cukai ini dikenakan berdasarkan nilai dan sifat barang yang diimport, dan setiap negara mempunyai dasar cukai import mereka tersendiri yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Jadi, adalah lebih jika kita sentiasa alert dengan senarai barang yang dikenakan cukai import ini.
Kebiasaannya, cukai import ini dikenakan ke atas barangan terpilih, terutamanya barangan mewah, produk berbahaya kepada alam sekitar dan barangan yang berpotensi memberi kesan negatif kepada kesihatan awam.
Tambahan pula, negara juga boleh memilih untuk mengenakan cukai import ke atas barangan yang berasal dari negara tertentu, sebagai satu tindak balas terhadap dasar perdagangan yang tidak adil atau diskriminatif yang dilaksanakan oleh negara-negara tersebut.
Pelaksanaan dasar cukai import mempunyai implikasi yang ketara kepada perniagaan, perdagangan dan ekonomi sesebuah negara. Secara khususnya, mengenakan cukai import yang tinggi berpotensi untuk meningkatkan kos barangan import, sekali gus memberi kesan kepada daya saing produk keluaran tempatan.
Selain itu, ia juga boleh meningkatkan kos bahan mentah dan komponen mesin yang diimport untuk kegunaan dalam pengeluaran, yang akhirnya menjejaskan ekonomi keseluruhan.
Jadi, amatlah penting bagi tuan puan untuk mengetahui serba sedikit mengenai cukai import sebelum melakukan apa-apa aktiviti yang melibatkan proses import atau eksport ini ya!
List Barangan yang Dikenakan Cukai Import

Pengenaan cukai import di Malaysia adalah bergantung kepada jenis barangan dan peraturan cukai import yang ditetapkan. Di bawah adalah beberapa contoh dan senarai barang yang dikenakan cukai import di sini.
1. Kereta Mewah
Kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini dan Bentley boleh dikenakan cukai import yang besar dan mampu mencecah sehingga 105%, dari nilai asal kenderaan.
2. Alkohol
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa minuman beralkohol, termasuk wiski, wain dan bir, mungkin tertakluk kepada duti import.
3. Tembakau
Pengimportan produk tembakau, termasuk rokok dan cerut juga boleh dikenakan cukai. Langkah ini berfungsi sebagai salah satu cara untuk menggalakkan tanggungjawab fiskal dan mengurangkan penggunaan bahan berbahaya.
4. Barang Elektronik
Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah komoditi elektronik tertentu, seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan televisyen, berpotensi dikenakan duti import.
5. Medical Equipment
Malaysia dengan berbesar hati mengecualikan pelbagai peralatan perubatan, termasuk mesin MRI, alat bantuan pendengaran dan alat pernafasan, daripada cukai import. Walau bagaimanapun, sesetengah peranti perubatan, seperti pemantau tekanan darah dan pemantau gula dalam darah, boleh tertakluk kepada cukai import, bergantung kepada jenis produk dan polisi semasa.
6. Buckram Shade
Buckram Shade merupakan fabrik yang bagus untuk menghias rumah atau bangunan. Namun, ia mungkin dikenakan cukai import bergantung kepada jenis fabrik dan peraturan cukai import semasa untuk fabrik hiasan yang diimport.
Senarai barang yang dikenakan cukai import ini perlu diberi perhatian sebaiknya ya! Namun, tuan puan tidak perlu bimbang jika merasakan bahawa senarai barang yang dikenakan cukai import ini agak sukar untuk diingati, kerana Polaris Logistics sedia untuk membantu.
Jom dapatkan servis daripada Polaris Logistics, servis import dan eksport terbaik anda.

Bagaimana Cara untuk Menghubungi Polaris Logistics?
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman website Polaris Logistics, atau hubungi kami di talian WhatsApp, 019 – 666 7797. Sebarang pertanyaan melalui emel juga amat dialu-alukan di inforeq@polarislogistics.com.my.
Ayuh kami bantu anda menjadi pakar dalam proses import mengimport barangan! Jom ikuti juga kami di media sosial seperti di bawah, untuk mendapatkan sebarang info terkini.